Sunday, 23 February 2014

CHOCOLATE CHIP COOKIES XXL



Assalamualaikum


Oh leganya dah siap semua...malam ni acik buatkan sample Chocolate Chip Cookies untuk birthday goodies bag.... ada kawan oder untuk birthday anak lelakinya bulan depan... dia mintak pendapat acik nak letak apa dalam goodies bag tu nanti... so acik pun cadangkan la Chocolate Chip Cookies saiz XXL, roti bun mini sosej, cupcake dan susu kotak... tadika anaknya tu strict sikit..kalau boleh kena bagi makanan yang berkhasiat.. keropok kerepek jajan-jajan semua takleh...




Tadi acik buat chocolate chip cookies saiz XXL ni satu adunan dapat 20 keping... ni baru sample...kalau buat betul-betul ni acik nak guna serbuk koko vanhouten... kaler coklatnya lebih cantik..dan rasanya pun lebih sedap...

Goodies bag tu pun acik cadangkan buat yang simple aje... kiranya lepas habis boleh buang tanpa rasa bersalah... heheh... tapi kena hias cantik sikit la kan... nanti acik tunjuk masa nak buat yek...


OKbye...tengah bako Red Velvet mini pek yang last dalam oven... oven dah bunyi tingggggggggggggggg... 


Jumpa esok, inshaaAllah :)


Wassalam