Wednesday, 25 December 2013

KEK PISANG WALNUT KISMIS NESTLE NATURAL SET YOGHUT


ENTRI INI ADALAH SPONSORED POST


Assalamualaikum


Terima kasih pada Nuffnang kerana telah memilih blog acik untuk menghasilkan resepi yang menggunakan Nestle Natural Set Yoghut. Untuk pengetahuan semua, Nestle Natural Set Yoghut mempunyai kandungan lemak yang rendah, juga mengandungi kalsium yang baik untuk kesihatan tulang dan gigi, tiada gula, pewarna dan perasa tambahan.


Oleh kerana Nestle Natural Set Yogurt sememangnya baik untuk kesihatan, jadi acik bercadang untuk menghasilkan resepi yang sihat, berkhasiat, semestinya sedap dan mudah untuk disediakan.



Acik memilih untuk membuat Kek Pisang Walnut Kismis yang sangat moist. Acik menggantikan santan atau susu di dalam resepi ini dengan Nestle Natural Set Yoghut yang ternyata mengekalkan kelembapan Kek Pisang Walnut Kismis ini. 

Jom kita tengok resepi dan cara-cara untuk membuat Kek Pisang yang mewah dengan walnut dan kismis. Memang sedap :)



1 cawan walnut yang dicincang
1 cawan kismis hitam



200 gram Gula Perang (Brown Sugar)

250 gram Tepung gandum
1 sudu kecik Soda Bikabonat
2 sudu kecik Baking Powder
* Ketiga-tiga bahan diayak



1/2 cawan Nestle Natural Set Yoghut
1 cawan Minyak Jagung
1 sudu kecik esen pisang



6 biji pisang Berangan yang dilenyek.
3 biji Telur A atau 4 biji Telur B

Cara-caranya :-

1. Pukul telur dan gula perang menggunakan mixer hingga kembang.
2. Masukkan telur dan gula perang yang telah dipukul kembang ke dalam bekas berisi tepung yang telah diayak bersama Soda Bikabonat dan Baking Powder. Kacau menggunakan senduk.
3. Masukkan 1 cawan Nestle Natural Set Yoghut, minyak jagung, pisang yang telah dilenyek dan esen pisang.
4.Kemudian masukkan walnut dan kismis. Tinggalkan sedikit kismis untuk ditaburkan di atas adunan.
5. Kacau semua bahan. Akhir sekali kesemua bahan dipukul perlahan menggunakan mixer untuk mengelakkan adunan berketul.
6. Tuangkan ke dalam adunan ke dalam loyang yang telah dialas baking paper dan sekelilingnya dilengser dengan margerin.
7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 - 45 minit atau hingga nampak garing dan warna coklat keperangan.
8. Adunan ini agak banyak. Boleh dituangkan ke dalam 2 loyang bersaiz 8 inci atau 1 loyang besar dan 1 loyang kecik sedikit.



Kek Pisang Walnut Kismis Nestle Natural Set Yoghut ini acik bagi pada kawan-kawan untuk rasa. Semua cakap sedap dan rasanya lain daripada kek pisang yang biasa.





Selamat Mencuba :)


Wassalam