Thursday, 28 November 2013

RESEPI APAM GULA HANGUS LEMBUT, GEBU, SEDAP DAN DOT DOT DOT




Assalamualaikum


Korang abaikan je la tajuk kat atas tu yek...saja buat tajuk bagi gempak sikit..kehkehkeh...

Ramai yang mintak acik letak resepi Apam Gula Hangus yang acik selalu buat... acik ambik resepi kat MyResepi la kot...lupa dah...tapi acik dah repair-repair sikit bagi lagi power la kononnye..he he..

Jom tengok resepi dan cara nak buatnya...kalau nak betul-betul lembut dan gebu korang takleh derhaka tau...kena ikut betul-betul...resepi ni acik bagi kat sapa-sapa yang datang belajar buat kuih kat rumah acik... tapi ni sebab dah tak rajin nak buat kelas, letak kat sini aje la yek...

Mula-mula nak belajar buat Apam Gula Hangus ni korang cuba buat sikit-sikit dulu..kalau rasa dah okey baru korang buat banyak-banyak...resepi yang ada ni korang gandakan aje la kan...




Resepi Apam Gula Hangus (50 biji )

500 gm gula pasir
500 ml air
* Gula dihanguskan dan diletak air

450gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecik soda bikabonat
1 1/4 cawan minyak masak
85gm susu pekat (acik guna susu pekat FnN)
75gm Margerin (acik guna margerin Pelangi)
5 biji Telur ( A atau B )

Cara-caranya :-

1. Mula-mula hanguskan gula. Cara nak hanguskan gula boleh tengok kat SINI. Biarkan sejuk.
2. Soda Bikabonat diayak masuk ke dalam bekas berisi tepung. Gaul tepung gunakan whisk.
3. Blend telur dan minyak hingga nampak berbuih.(warna bertukar jadi putih)
4. Masukkan susu pekat dan margerin dalam blender. Blend lagi.
* Kalau 10 biji telur yang dah diblend dengan minyak kena tuangkan separuh masuk bekas tepung baru diletakkan susu pekat dan margerin. Kalau tak nanti melimpah kalau blend semua sekali.
5. Tuangkan ke dalam bekas berisi tepung.
6. Masukkan sekali air gula yang telah dihanguskan ke dalam bekas.
7. Kacau menggunakan whisk.
8. Blend semua bahan yang telah dikacau.
9. Lengserkan acuan dengan sedikit je minyak masak. Tuangkan adunan yang telah diblend tadi. Tuang 3/4 acuan aje...apam akan kembang selepas dikukus.
9.Kukus pada api sederhana kuat selama15 minit.
10. Bila dah masak, keluarkan apam dari acuan sementara masih panas.


Kalau dah buat tak jadi lembut jugak tu maknanya korang kena datang masuk kelas acik tahun depan...tu pun kalau acik rajin la kan..he he..


Selamat Mencuba :)


Malam nanti baru acik jalan-jalan blog korang yek..nak start buat kuihhhhh :)