Wednesday, 2 October 2013

UDANG GORENG TEPUNG ... 2 CARA




Assalamualaikum


Hari ni lambat lak bersiaran..pagi tadi sibuk sikit pulak...

Antara keyword yang selalu masuk blog acik ialah Udang Goreng Tepung...sebenarnya acik tak pernah buat entri Udang Goreng Tepung ni...tapi kalau Sotong Goreng Tepung memang ada...dan tak sangka resepi Sotong Goreng Tepung dalam blog ni adalah yang no. 1 orang cari... resepi Sotong Goreng Tepung tu kawan acik yang bagi...sebelum tu dah banyak kali cuba asyik meletup aje tapi bila dah cuba resepi yang kawan acik bagi tu memang menjadi sangat-sangat...tak meletup dan yang penting sedap pada tekak acik dan keluarga... haritu masa kat kampong, acik ajar la biras masak Sotong Goreng Tepung ni...dia pun suka sangat bila sotong tu goreng tak meletup sebab dia pun sama macam acik dulu...asal goreng aje meletup-letup pastu bila dah goreng, sotongnya jadi lembik dan liat... bila dah tahu resepi dan cara yang betul masak sotong goreng tepung tu, rasa semangat la nak buat lagi kan... takyah dah makan kat kedai..hikhik..



Harini acik cuba masak Udang Goreng Tepung resepi cousin acik yang bagi masa datang beraya haritu... katanya kawan dia yang berniaga restoran yang bagi resepi ni... resepi Udang Goreng Tepung ni boleh juga masak untuk Sotong Goreng Tepung... 

Bahan-bahannya...

Tepung Gandum 1 cawan
Tepung beras 1/2 cawan 
Serbuk Kari (kalau suka..)
Serbuk cili (acik letak ni tadi sebab nak bagi ada rasa pedas...serbuk kari acik tak letak..)
Sedikit Serbuk Perasa Ajishio
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk pewarna kuning (kalau suka..nak bubuh serbuk kunyit pun boleh gak..)

Kacau semua bahan menggunakan whisk.
Udang tu kena belah sedikit bahagian atas...boleh la buang sekali yang macam tali hitam kat belakang udang tu kan..) ..bila dah belah tu yang udang tu boleh duduk elok camtu..he he..



Cara 1

1. Sediakan bancuhan telur
2. Sediakan tepung goreng yang di atas.
3. Panaskan minyak dalam kuali.
4. Celupkan udang dalam bancuhan telur dan salutkan dengan tepung goreng tu tadi. 
5. Satu persatu udang tu masukkan dalam kuali yang minyaknya dah betul-betul panas.
6. Angkat dan toskan bila nampak dah masa garing. Takleh lama-lama sangat alau goreng udang ni yek..kang isinya liat.

Acik suka cara yang ni sebab nampak lagi cantik dan rasanya lebih rangup. Cicah pulak dengan Sos Cili Ala Thai Maggi, memang lazat :)



Cara ke 2

1. Tepung goreng tadi dibancuh dengan sedikit air dan sebiji telur. Kacau rata.
2. Masukkan udang dalam bancuhan tepung dan masukkan satu persatu udang ke dalam kuali yang minyaknya dah betul-betul panas.
3. Angkat dan toskan bila dah nampak garing.



Korang boleh la cuba kedua-dua cara yang acik cakap tadi yek...mana yang korang rasa lagi sedap boleh la masak lagi... anak-anak mesti suka makan... 



Tepung Goreng tu tadi acik buat banyak...so lebihnya acik simpan nanti nak masak lagi senang..dah takyah susah-susah nak sediakan bahan....


Selamat Mencuba :)


Wassalam