Sunday, 6 October 2013

RAHSIA ROTI JALA LEMBUT




Assalamualaikum


Harini acik sibuk sikit..pagi tadi kena siapkan roti jala untuk kenduri Aqiqah cucu pakcik saudara... dah siap kacau semua adunan 4kg tepung, masa dah mula menjala tu acik rasa macam ada yang tak kena...roti jala tu elok aje tak melekat kat kuali leper tapi something wrong some where..masa acik nak menggulung roti jala tu acik rasa tak macam selalu...apasal ni yehhhh...apa yang acik lupa letak dalam adunan ni...

Pastu baru teringat..ohhhhhhhhhh acik lupa letak minyak masak...patut la rasa kering aje...bila acik dah letak minyak masak kat dalam adunan tu dan menjala balik, baru roti jala tu rasa lembut aje...itu aje la rahsianya... jangan lupa letak sikit minyak masak dalam adunan kalau nak kekal lama lembut roti jala tu ye...



Copy gambar dari blog sendiri takpe yek...tadi tak sempat nak snap gambar..he he..


Kalau nak cuba resepi Kari Ayam simple boleh tengok kat SINI
Resepi Roti Jala lak boleh tengok kat SINI

Resepi Roti Jala acik ni tak letak santan dan telur tapi kalau korang rasa nak makan roti jala tu awal dan taknak simpan lama, boleh aje kalau nak letak sedikit santan dan sebiji telur... 

Tengok gambar ni sendiri lak yang terliur..ihik..


Wassalam