Sunday, 29 September 2013

CREAM CHEESE FROSTING UNTUK RED VELVET



Assalamualaikum


Leganya bila dah siap oder orang...pagi ni acik siapkan Cream Cheese Frosting pulak... macam yang acik cakap kat entri sebelum ni, resepi Cream Cheese Frosting ni acik ambik dari blog HANAMEMORIES... actually ada banyak resepi Cream Cheese Frosting kan...tapi acik suka resepi yang ni... ramai yang cakap sedap...so acik kekalkan guna resepi ni aje..



Untuk siapkan 4 adunan Red Velvet Cupcake acik perlukan 1.5kg Cream Cheese...acik suka Philadelphia Cream Cheese dan Whipping Cream jenama Rich's..

Bahan-bahan untuk buat Cream Cheese Frosting :-

250 gm Cream Cheese 
100 ml atau 1/2 cawan Whipping Cream
100 gm atau 1/2 cawan Gula Kastor (kalau suka kurang manis boleh kurangkan sukatan gula..)



Pukul semua bahan menggunakan mixer...kena tahu konsistensi cream cheese frosting ni...kalau rasa nak deko atas cupcake, konsistensi krimnya kena kental sikit...maknanya tak lembik sangat... nak kental krimnya takleh pukul lama sangat...kalau rasa dah terpukul lama dan terlembik, korang masukkan dalam petiais dulu... lebih kurang dah agak kental baru kita deko kan cupcake tu...kalau lembik sangat nanti tak cantik lak deko cupcake tu...tapi kalau korang rasa nak sapu aje atas cupcake tu atau nak biar meleleh takpe la kalau lembik pun... terpulang okey...


Acik guna nozle bintang saiz sederhana..




Lepas letak krim kita tabur sikit Red Velvet yang kita dah ramas halus...


Kotak nak isi cupcake ni acik letak napkin nak bagi nampak cantik sikit...


Nampak la cantik sikit yek..




1 kotak ada 16 biji cupcake..4 adunan dapat 8  kotak bersamaan 128 biji cupcake... siap sudahhhh...


Mula-mula makan sendiri..lama-lama dah pandai nanti boleh dah ambik oder ye dok...


Selamat Mencuba...


Untuk nak tahu cara dan step by step buat Red Velvet Cupcake boleh tengok kat SINI


Wassalam