Saturday, 14 September 2013

BEZA ANTARA KEK GULA HANGUS DAN APAM GULA HANGUS




Assalamualaikum


Sementara nak tunggu husben balik dari pasar, sempat la acik buat entri pasal kek gula hangus dan apam gula hangus ni kan... tak sangka lak kalau search KEK GULA HANGUS kat google, blog acik ni antara yang teratas...suka acik tau...entah apa faedah tak tau...kihkihkih...

Ramai yang confuse antara Kek Gula Hangus dan Apam Gula Hangus...haritu ada kawan oder beria nak Apam Gula Hangus...acik dah tanya betul-betul masa tu...nak apam ke nak kek...dia kata nak apaaaammm... so acik pun buatkan la apam gula hangus... masa hantar kat rumah dia tu, dia terkejut tanya, eh apam ni bukan kek yang potong-potong tu ke... adeiiiiiiiiii pening mak cik...

So meh acik terangkan kat sini perbezaan antara KEK GULA HANGUS dan APAM GULA HANGUS yek...

1. Kek Gula Hangus di bakar samada dalam oven atau atas dapur pun boleh...Apam Gula Hangus adalah dikukus.. dah namanya pun apam kan...mesti la dikukus...ke ada apam yang di bakar..hikhik...

2. Kalau Kek Gula Hangus, margerin dicairkan selepas gula dihanguskan dan dicampurkan air... Apam Gula Hangus, margerin dicampurkan dengan susu dan bahan-bahan lain waktu diblender..

3. Kek Gula Hangus takde letak minyak masak... Apam Gula Hangus ada letak minyak masak...

4. Kek Gula Hangus ada sarang...Apam Gula Hangus takde sarang tapi rasanya lembut dan gebu.


 

Gambar lama...Apam Gula Hangus

Untuk resepi Apam Gula Hangus boleh tengok kat SINI



Kek Gula Hangus...gambar dicilok dari blog sendiri...kehkehkeh...


Resepi Kek Gula Hangus dan step by step boleh tengok kat SINI


Okeybai..dah nak masak Ketam Masak Lemak... lamanya tak masak Ketam...bukan acik makan pun ketam ni...tapi husben dan anak-anak suka makan, masak je la yek..



Wassalam