Wednesday, 6 February 2013

TUTORIAL STEP BY STEP KEK GULA HANGUS..KHAS UNTUK CIK INA DODOCHENG :)


Assalamualaikum


Entri ni khas untuk cik inadodocheng yang dah mencuba resepi gula hangus yang acik bagi haritu...terharu pulak ada yang sudi mencuba resepi acik ni... alkisahnya haritu acik dan cik ina dah jejak kasih...kihkihkih...rupanya kitorang satu sekolah masa kat Kelang dulu...sebenarnya dah lamaacik nak tanya coz pernah dulu ada dalam entri cik ina, cik ina ada sebut pasal belajar Bahasa Arab, sekolah kat Klang... tu yang rasa dekaaaat je tu...tapi bila baru ni cik ina ada sebut FB kawan lama cik ina, orang tu memang acik kenal...so sah la kitorang satu sekolah...cik ina ni kira senior acik la kan....

So untuk menghargai jasa dan penat lelah cik ina yang dah cuba resepi Kek Gula Hangus acik, malam ni acik nak tunaikan janji pada CIK INA DODOCHENG untuk buat tutorial step by step...korang pun boleh la cuba yek...

Resepi ni adalah untuk 1 loyang...



Margerin 20 gram



Gula pasir 200 gram


Air 200 ml / 200 gram


Tepung gandum 120 gram


2 sudu kecik bikabonat di tapis ke dalam tepung


Tepung gandum campur dengan bikabonat 


Gaulkan dengan garpu atau whisk



Telur 4 biji, Susu Pekat 1 cawan


Gula dihanguskan baru letak air


Bila gula hangus dah larut, baru masukkan margerin...cairkan margerin..


Sejukkan Air Gula Hangus


Blend telur 



Masukkan susu pekat..blend lagi


Tuangkan ke dalam tepung...campuran tepung dan bikabonat acik dah tukar ke bekas yang lebih besar sikit



Masukkan air gula hangus


Kacau semua bahan dengan whisk



Blend semua bahan yang dah dikacau tadi


Sapu margerin pada loyang


Tuangkan semua bahan yang dah diblend ke dalam loyang...bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius atau ikut kesesuaian oven 


Kek Gula Hangus dah siap bakar..bila dah sejuk, baru dikeluarkan dari loyang... renggangkan kek dari loyang dengan menggunakan pisau plastik


Kat tengah ni pun direnggangkan



Potong sikit



Masukkan tangan dengan sarung tangan plastik...keluarkan perlahan2..


Kek Gula Hangus sedia untuk dipotong





Walaupun tak perap, hanya 15 minit sementara oven dipanaskan, hasilnya kek gula hangus tetap bersarang jugak kan...


Gigih acik buat tutorial ni tau...minta maap la kalau ada yang terkurang coz ambik gambar sendiri...he he..

Selamat Mencuba


Wassalam
















8 comments:

  1. Assalamualaikum hemm sdp tu sampai terbau2 dah kek gula hangus ke petaling hee....tq byk2..suka lah cikgu buat tutorial mcm ni...beganda2 paham nye...tq resepi....

    ReplyDelete
  2. Air 200 liter / 200 gram??

    200 liter atau 200 milliliter (20ml)? 200 liter terlalu banyak tu. air botol besar pun 1 liter

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq awak tolong betulkan...200ml sebenarnya...maafkan saya...

      Delete
  3. acik sf beauty terima kasih kerana sudi merealisasikan impian cik ina yang nak kan step by step resepi kek gula hangus.menyusahkan acik je.suami cik ina minat sangat dengan kek gula hangus ni, dia tu tradisional sangat, cheese kek dia tak berkenan : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ina DDC nanti cuba lagi yek :)

      Delete
  4. Assalam.. achik... kita dah try buat....... tapi kek gula hangus kita rasanya macam rasa apam gula hangus dan tak de bersarang pulak.. nanti nak try la tutorial ni pulak.. tq ye kerana sudi kongsi ilmu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zawiah...cuba buat balik semula ikut tutorial ni ye...kalau tak jadi gak, kena datang rumah kak ina tengok kak ina buat :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...