Assalamualaikum
Selain daripada cerita pasal kuih, blog acik ni pun jadi rujukan untuk ibu bapa yang ada anak autistik macam abang long...banyak juga acik dapat email yang bertanyakan tentang abang long masa kecik dulu...kebanyakan cerita tentang anak2 diorang adalah sama macam abang long...apa yang diorang alami dan hadapi sekarang, semuanya acik dan husben pernah lalui dulu...sebagai ibu bapa kita kena kuatkan semangat, jangan peduli sangat apa orang lain kata dan persenda tentang anak kita...InshaAllah ada kegembiraan dan kesenangan di setiap dugaan dan cabaran yang Allah berikan...jangan selamanya kita bersedih kerana ada anak tak sama macam anak orang lain... disamping berdoa pada Allah, sebagai ibubapa kita kena sentiasa berusaha buat yang terbaik untuk anak kita... InshaaAllah acik akan kongsikan pengalaman yang mungkin sedikit sebanyak akan membantu...
Antara tingkahlaku awal anak autistik kalau ikut pengalaman acik sendiri..
1. Tidak pandai bercakap walau umur dah masuk 3 tahun.
2. Suka menjerit dengan nyaring.
3.Tidak suka dipeluk atau dipegang.
4. Suka berlari.
5. Seolah2 tidak dapat mendengar coz tidak beri respons bila kita panggil.
6. Tidak ada eye contact waktu kita bercakap dengan dia.
7. Tidak boleh duduk diam.
8. Leka dengan dunianya sendiri.
9. Tidak ada perasaan sayang pada orang lain.
10. Cakap sorang2 dengan bahasanya sendiri.
Memang banyak dugaan dan cabaran nak didik anak autistik ni...walaupun abang long dikategorikan sebagai mild autistik, tapi syukurlah acik dan husben dah bertindak dari awal...kalau kitorang biarkan dan anggap abang long macam budak normal yang lain, mungkin keadaan akan berlaku sebaliknya...
Seawal 3 tahun acik dah masukkan abang long ke montessori...asalnya tak tau apa2, pandai menjerit aje tapi bila dah masuk sekolah tu, nampak banyak sangat improvement...coz yang acik perasan, alat2 belajar kat montessori tak sama macam tadika biasa...dalam 1 kelas cuma ada 5 - 6 orang... yg buat acik kagum, bila balik sekolah, abang long akan susun kasut kat rak sebelum masuk rumah... semua benda yang dia nampak, dia akan sebut dalam Bahasa Inggeris...tapi masih takleh bertutur...
Sambong nanti ye...
Wassalam
Salam acik...sabar yea...ada hikmahnya...asz guru, mmg dia perlukan lbh perhatian dan pembelajaran yg berbeza drp org lain...InsyaAllah lama kelamaan akn ada perkembangan +ve
ReplyDeleteAs...memang masa kecik susah nak jaga, tapi bila dah besar abang long jadi anak yg sangat baik dan mendengar kata... alhamdulillah abang long dah berjaya masuk universiti...mudah2an jadi contoh pada anak2 yang lain...
Deleteassalamualaikum ZalinZalina,
ReplyDeleteMaknanya seorang autistik ni memang boleh kita didik & pandu menjadi seorang 'juara' lah jugak ya?
Waalaikumussalam...bergantung juga pada individu tu...kalau yg jenis aggresif, nampak mcm susah utk dibentuk dan ada juga yg tak boleh berdikari...tapi kalau mild autistik, inshaAllah berkat usaha dan doa ibubapa, anak2 ini juga boleh berjaya...
Delete