Wednesday, 7 September 2011

MOTIVASI MENJADI WANITA PALING BAHAGIA



Assalamualaikum kali ke 2 untuk harini..dari haritu nak kongsi cerita pasal buku yang kak ina baru beli ni...tajuknya seperti di atas..he he...jimat masa nak menaip..best tau baca buku ni...tulisan Syeikh 'Aidh Al-Qarni tapi dah dialihbasa ke Bahasa Malaysia...penulis yang sama tulis buku "La Tahzan" maknanya "Jangan Bersedih"...Antara kata2 azimat dalam buku ni...

"Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau"

"Hanya orang yang bersikap positif yang mampu melihat keindahan alam ini"

"Keindahan sebenar ialah keindahan budi pekerti, Kebaikan sebenar ialah kebaikan budi bahasa, dan Kecerdikan sebenar ialah kecerdikan akal"

"Jika anda tidak tenteram dengan Allah, anda tidak akan tenteram dengan sesiapa pun"

"Hari yang paling indah ialah hari ketika anda mampu mengawal diri anda"

"Sifat malas adalah kembar kegagalan"

"Kuatkanlah dirimu dengan keyakinan bahawa tidak ada yang mustahil dalam hidup ini"


Sebenarnya banyak lagi kata2 azimat, kata2 semangat dan kata2 pedoman hidup dalam buku ni...semakin kita baca buku ni, semakin banyak buat kita berfikir...masih ada ruang untuk kita berubah untuk menjadi orang yang lebih baik....

Kak ina dan famili memang suka pergi MPH...kalau boleh nak dok berjiran sebelah MPH he he...semua pun suka baca buku...dah baca tu tak gheti2 nak beli ye...tak pasal2 kena jeling dengan bebudak MPH tu..he he..selalunya Aliah tanya dulu boleh beli buku harga berapa...kena bagi limit wei....kot tetiba ambik buku mahal2, parah lak ibunya ni...kot anak sorang takpe la kan..ni ada 4 orang...so jimat cermat la ye...sorang 1 buku termasukla ibu dan ayahnya sekali..dah banyak sangat buku2 kat rumah ni...ingat nak buat library kecik la kan...boleh org datang rumah baca buku ye tak....ni beli almari dok tayang pinggan mangkuk aje..he he...biasa la kan orang pompuan...ngata diri sendiri la tu :)


Ni buku2 yang baru husben beli...kalau cari husben mana tak turun2 bawah ni, tu maknanya tengah khusyuk baca buku kat dalam bilik la tu...tak pun dalam bilik termenung a.k.a. toyelet..he he...biasa la kan orang lelaki dok bilik termenung lama2...


Kalau abang long beli buku lagi dasat...memang abang long kuat membaca...sebab tu leh jadi profesor serba tahu...kat sekolah kawan2 panggil kamus bergerak..he he..kadang2 kalau pegi MPH limit sorang 1 buku tapi dek kerana dia nak sangat buku tu jadinya sanggup dia keluar duit sendiri beli buku idamannya tu...

Kalau abang ngah suka beli buku komik jepun aje coz abang ngah minat lukis animasi kartun jepun... Azwa pulak sekarang ni dah pandai baca novel...eh cewah...Aliah macam biasa la buku2 cerita bebudak pompuan..

OK la korang...kak ina dah nak ambik anak bujang kat sekolah...hari ni diorang bertugas kat library...jadinya balik pukul 5...

Jumpa lagi :)