Wednesday, 1 April 2015

LOVE IS CINTA




Assalamualaikum


Tetiba harini tajuk CINTA la pulak kan.... dah tua-tua pun nak jugak cakap pasal Cinta..kembang tekak ye dok..heheh..



Makcik ni dari kecik sampai ke tua suka dan cinta sangat la pada kaler pink.. lebih-lebih lagi kalau kaler pink lembut macam ni... macam comellll aje kan... nak buat camne.. hati dah suka...



Sebenarnya nak cerita pasal walnut carrot cake dalam bekas Love is Cinta ni haaaa... buat untuk regular customer, Nad and the gang yang suka makan kek carrot ni... harini tak rajin pulak nak letak gambar carrot kat atas kek... letak manik kaler pink aje.. pun nampak comel gak kan...heheheh... terpaksa la cakap comel sebab malas nak bubuh icing kaler oren dan kaler hijau untuk gambar carrot..


Ada yang nak dalam bekas Love..ada yang nak dalam bekas panjang... boleh aje...



Nak cuba buat Walnut Carrot Cake ni boleh tengok resepi ada dalam blog ni okey...



Jumpa lagi..inshaaAllah :)



Wassalam